My Add

Wednesday 27 June 2012

Azam KSN baru

*ALI Hamsa beramah mesra dengan pegawai-pegawai Jabatan Perdana Menteri ketika memulakan tugas pada hari pertama di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA, SELASA, 26 Jun, 2012: Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Ali Hamsa hari ini mengingatkan semua kakitangan awam tanpa mengira pangkat dan kedudukan mempunyai peranan yang sama dalam memastikan negara terus cemerlang.

Beliau yang mengimbas kad perakam waktu pukul 8 pagi di Jabatan Perdana Menteri menegaskan, penjawat awam perlu komited terhadap tanggungjawab masing-masing serta meningkatkan produktiviti.

''Kesemuanya ini agar setiap perancangan yang ditetapkan mencapai matlamatnya,'' katanya kepada pemberita selepas mengimbas kad perakam waktu di pejabat Ketua Setiausaha Negara di sini hari ini.

Menurut Ali, sejak mula menerima tugas berkenaan, beliau berazam mahu membawa negara ke peringkat lebih tinggi.

Untuk itu, katanya, beliau memerlukan sokongan setiap penjawat awam melalui peningkatan produktiviti masing-masing agar semua matlamat yang ditetapkan dapat dicapai.

Ali, 57, yang juga bekas Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dilantik Ketua Setiausaha Negara pada 24 Jun lalu bagi menggantikan Tan Sri Sidek Hassan yang tamat kontrak perkhidmatannya pada 23 Jun.

Semalam, Ali memulakan hari pertamanya sebagai Ketua Setiausaha Negara dengan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta menghadiri mesyuarat di bangunan Parlimen. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment