My Add

Wednesday 27 June 2012

Penduduk gesa Selcat siasat

*ZUL Mukhshar Md. Shaari menunjukkan penukaran geran ke hak milik sementara padang PKNS oleh Pejabat Tanah Selangor pada sidang akhbar di Kelana Jaya, Selangor, semalam.

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
PETALING JAYA, SELASA, 26 Jun, 2012: Belum selesai isu Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ2) mengenai padang Kompleks Sukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di SS7 Kelana Jaya, timbul pula isu lain berkaitan padang terbabit yang merunsingkan penduduk.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Padang Rakyat Kelana Jaya, Datuk Zul Mukhshar Md. Shaari berkata, sebahagian tanah daripada tapak padang tersebut telah dibangunkan tanpa mengikut undang-undang.

Katanya, mengikut rekod Bahagian Hakmilik, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor, tanah itu telah dikeluarkan geran kepada PKNS pada 28 Julai 2006 dengan keluasan 60,610 meter persegi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment