KUALA LUMPUR, KHAMIS, 31 Mei, 2012: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali perlu memberikan penjelasan dengan kadar segera mengenai dakwaan memiliki aset RM30 juta bersama isterinya, Shamsidar Taharin seperti didedahkan Ummi Hafilda semalam.
Pengarah Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Nik Khairul Annuar berkata, jika gagal, Azmin sebagai Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa akan dihukum pengundi kawasan tersebut pada pilihan raya umum nanti.
"Sebagai penduduk di Bukit Antarabangsa dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO), saya dapati rakyat sudah tidak boleh menerima penafian lemah yang dibuat Azmin selama ini.
"Penafian Azmin yang hanya menyalahkan pihak lain dan mendakwa difitnah walaupun telah ditegur ibunya sendiri adalah amat memualkan dan saya yakin rakyat akan menolak pemimpin seperti ini nanti," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment