My Add

Wednesday 27 June 2012

Bekas pengarah syarikat hartanah dipenjara

Oleh NORLIZAH ABAS
PUTRAJAYA 27 Jun - Seorang bekas pengarah syarikat hartanah yang sebelum ini menjalani hukuman penjara sehari, terpaksa meringkuk dalam penjara selama setahun atas kesalahan memanipulasi pasaran saham, sembilan tahun lalu.

Ia berikutan keputusan sebulat suara panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan akhir Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang tidak berpuas hati dengan hukuman yang dijatuhkan terhadap Datuk Chin Chan Leong, 59.

Chan Leong dipenjara sehari dan denda RM1.3 juta selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen pada 5 Februari 2010 atas dua tuduhan memanipulasi pasaran saham. Dia mengaku selepas lima tahun didakwa.

Hakim Datuk Seri Abu Samah Nordin yang bersidang bersama Datuk Linton Albert dan Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim bagaimanapun mengekalkan keputusan terdahulu yang mengenakan denda RM1.3 juta terhadapnya. Denda itu telah dijelaskan.

Kuorum tersebut berpuas hati bahawa mahkamah terdahulu tersilap menjatuhkan hukuman penjara sehari dan gagal mengambil kira perbuatan memanipulasi saham memberi kesan terhadap pasaran saham dan ekonomi.

Sehubungan itu, mahkamah membenarkan rayuan Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya SC, Shanti Geoffrey dan Susheel Kaur agar hukuman penjara yang setimpal dikenakan terhadapnya.

Responden diwakili oleh peguam-peguam Kitson Foong dan Ahmad Zaidi Zainal.- UTUSAN

No comments:

Post a Comment