My Add

Wednesday 27 June 2012

Loteri: Saman pemula ahli perniagaan batal

Oleh NORLIZAH ABAS
PUTRAJAYA, RABU, 27 Jun, 2012: Kerajaan negeri Kelantan hari ini berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk membatalkan saman pemula yang difailkan oleh tiga ahli perniagaan berhubung pengharaman tiket loteri Big Sweep.

Dengan keputusan itu, penjualan Big Sweep kekal diharamkan di negeri tersebut seperti yang diputuskan oleh kerajaan pimpinan Pas Kelantan pada Februari tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Ramly Ali yang bersidang bersama Datuk Zaharah Ibrahim dan Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memerintahkan Wong Meng Yit, 48, Lee Khim Haw @ Lee Khim Hwa, 59, serta Gan Han Chuan, 45, membayar kos RM10,000.

Kerajaan negeri Kelantan diwakili oleh peguam-peguam, Datuk Sulaiman Abdullah dan Abu Bakar Jais manakala pihak responden diwakili oleh Ryan Ng dan Phang Soon Mun.

Kerajaan pimpinan Pas itu merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 29 Februari lalu yang menolak permohonan kerajaan negeri dan MPKB-BRI untuk membatalkan saman pemula tersebut.

Pada 6 Jun tahun lalu, pihak responden memfailkan saman pemula memohon satu deklarasi bahawa kerajaan negeri Kelantan tidak berkuasa mengeluarkan arahan atau polisi bagi meluluskan atau menggubal apa-apa enakmen yang mengharamkan atau melarang aktiviti perjudian dan loteri di negeri itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment