My Add

Monday 11 June 2012

Beli bayi jadi anak angkat tertakluk kes pemerdagangan orang

ALOR SETAR, ISNIN, 11 Jun, 2012: Perbuatan membeli bayi bagi dijadikan anak angkat adalah termasuk dalam kes pemerdagangaan orang, kata Timbalan Yang Dipertua Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO), Datuk Faridah Khalid. 

"Sesiapa yang jual, beli atau jadi orang tengah dalam urusan jual-beli bayi boleh ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang," katanya pada bengkel Melatih Pelatih Bagi Membanteras Pemerdagangan Orang peringkat negeri Kedah di sini, hari ini.

Beliau berkata, saluran yang betul untuk mendapatkan anak angkat ialah melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Katanya, guru bimbingan sedang dilatih bagi melengkapkan pengetahuan mereka dengan isu pemerdagangan orang melalui kerjasama Kementerian Pelajaran. 

"Setakat ini semua sekolah di Johor, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis sudah ada guru bimbingan yang dilatih supaya dapat memberi ceramah kesedaran di sekolah bahawa jenayah ini sedang berlaku," katanya. 

Mengenai kes pemerdagangan orang, Faridah berkata, sebanyak 412 dituduh di mahkamah sejak 2008 hingga Mac lalu, peringkat bicara (247), yang sudah selesai (64), kes sabitan (78) dan kes dilepas tanpa dibebaskan (23). - BERNAMA

No comments:

Post a Comment