My Add

Monday 4 June 2012

BN akan selesai isu peniaga kecil, rumah mampu milik

KOTA BAHARU, ISNIN, 4 Jun, 2012: Masalah yang membelenggu peniaga kecil Kelantan sejak sekian lama akan dapat diselesaikan jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat mentadbir negeri itu pada pilihan raya akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Kota Baharu, Datuk Mohd. Fatmi Che Salleh berkata, ini kerana apa yang dilakukan Kerajaan Pas Kelantan ketika ini tidak memberi kelebihan kepada peniaga kecil, termasuk dalam soal mendapatkan tempat berniaga.

"Mereka ini berniaga di tepi-tepi jalan, hanya buka gerai. Nak pindah ke tempat lain mereka tidak mampu," katanya di sini hari ini.

Mohd. Fatmi yang juga Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri merujuk kepada situasi peniaga terutama peniaga Melayu di Bazar Tok Guru dan Bazar Tengku Anis yang diberi ruang niaga sempit namun perlu membayar harga tinggi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment