My Add

Monday 4 June 2012

SEANET Ke-40: Peminat radio amatur diminta daftar awal

KUALA LUMPUR, ISNIN, 04 Jun, 2012: Para peminat radio amatur yang ingin menyertai Konvensyen Jaringan Radio Amatur Asia Tenggara (SEANET) Ke-40 dijemput untuk mendaftarkan diri lebih awal sebelum permulaan program November ini.

Pengarah projek SEANET Ke-40, Sharizad Husin berkata, ini bagi membolehkan urusetia menyediakan keperluan khusus untuk para peserta yang dijangka dihadiri oleh peminat radio amatur seluruh Asia Tenggara.

Malah kata Sharizad, sehingga kini, peminat radio amatur dari Jepun, Australia, India dan Amerika Syarikat sudah mengesahkan kehadiran ke Konvensyen SEANET Ke-40 yang akan diadakan pada 23 hingga 27 November akan datang.

“Sehingga kini 10 pengesahan sudah kami terima daripada peminat radio amatur luar Asia Tenggara dan untuk itu kami ingin memaklumkan agar peminat radio amatur tempatan turut mengambil peluang untuk mendaftarkan diri lebih awal," katanya.

Selain itu tambah Sharizad, penganjur juga turut mengadakan Pertandingan SEANET Ke-40 yang memberi peluang kepada peminat radio amatur dan juga pendengar gelombang pendek (SWL) menyertainya bermula Sabtu hingga Ahad lepas.

Pertandingan yang diadakan melalui jalur 80, 40, 20, 15 dan 10 meter selain CW, SSB dan RTTY itu memberi peluang kepada peminat radio amatur berinteraksi dan bersaing dengan peminat radio amatur di seluruh dunia.

“Konvensyen SEANET Ke-40 yang dianjurkan oleh Persatuan Perkhidmatan Kecemasan Radio Amatur Malaysia (Mares) adalah juga bersempena ulang tahun penubuhan 10 tahun Mares," katanya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web www.2012sea.net untuk memuat turun borang pendaftaran. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment