My Add

Saturday 9 June 2012

Dadah: Wanita kita ditahan di Bangkok direkrut warga Nigeria

Noor Rashid
 KUALA LUMPUR, JUMAAT, 08 Jun, 2012: Polis percaya wanita Malaysia yang ditahan di Bangkok, Thailand bersama dadah seberat 4.8 kilogram bernilai AS$500,000 (RM1.55 juta) kelmarin, merupakan keldai dadah yang direkrut oleh sindiket pengedaran dadah didalangi warga Nigeria.

Malah, suspek Noor Shahidah Osman, 47, dipercayai turut mengetahui bahawa 11 beg tangan yang disimpan dalam bagasi yang dibawa mengandungi dadah meskipun mendakwa tidak mengetahui perkara tersebut semasa membeli beg tangan berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya percaya suspek merupakan antara wanita tempatan yang dijadikan mangsa oleh sindiket dadah antarabangsa didalangi lelaki warga Nigeria untuk menyeludup dadah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment