My Add

Saturday 9 June 2012

Minyak tidak naik mendadak

KUALA LUMPUR, JUMAAY, 08 Jun, 2012: Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) menjangkakan harga minyak dunia tidak akan meningkat dengan mendadak untuk suku kedua ini.

Ketua Pegawai Operasi dan Naib Presiden Eksekutif (Perniagaan Hilirannya), Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, terdapat banyak faktor yang menyebabkan ketidaktentuan harga pasaran minyak dunia itu.

"Antaranya adalah ketidaktentuan ekonomi dunia serta ekonomi India dan China yang menunjukkan tanda-tanda pertumbuhan perlahan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran penyelesaian lima teknologi minyak dan gas yang baru di sini hari ini.

Majlis pelancaran itu dibuat bersempena dengan Persidangan Gas Dunia 2012.

Ketika ditanya sama ada sekatan minyak oleh Iran akan menjejaskan kapasiti pengeluarannya, Wan Zulkiflee berkata, selagi Petronas masih mendapat minyak berkualiti untuk loji penapisannya ia tidak menjejaskan bekalan Petronas. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment