My Add

Sunday 3 June 2012

FGV tawar 800 unit saham

*SEBAHAGIAN 552 peneroka Felda Bukit Goh, Kuantan berebut mendapatkan borang biru di Kuantan, semalam.

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
KUANTAN, SABTU, 02 Jun, 2012: Para peneroka Felda Bukit Goh ternyata gembira dan teruja menghadiri majlis menandatangani borang biru bagi membolehkan mereka mendapatkan sebahagian daripada 182,408,000 saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) yang akan disenaraikan di Bursa Malaysia 28 Jun ini.

Bukan itu sahaja, ada antara peneroka yang hadir pada majlis yang bermula pada pukul 9 pagi itu seakan-akan tidak percaya bakal memiliki saham sebanyak 800 unit yang ditawarkan Felda.

Mereka yang kebanyakannya berusia lingkungan 50 tahun ke atas turut melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Felda serta kerajaan ketika ditemui Mingguan Malaysia pada majlis itu di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment