My Add

Sunday 3 June 2012

PATI: Anggota RCI mestilah terbaik

KUALA LUMPURSABTU, 02 Jun, 2012: Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah perlu dianggotai oleh ahli jawatankuasa yang tidak mempunyai kepentingan politik dan menjadi pilihan rakyat.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, langkah itu untuk memastikan RCI berjalan lancar tanpa menerima gangguan politik sehingga boleh melemahkan pelaksanaan suruhanjaya selain mendapat kepercayaan penuh di kalangan masyarakat.

''Berdasarkan pengalaman, beberapa RCI yang ditubuhkan sebelum ini menerima tohmahan wujudnya sentimen politik, jadi kita tidak mahu setiap penubuhan RCI hanya dilihat sebagai syarat memenuhi kehendak rakyat,'' katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment