My Add

Sunday 10 June 2012

Fomca cadangkan denda ke atas premis gagal patuhi kempen

KUALA LUMPUR, AHAD, 10 Jun, 2012: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) mencadangkan kepada kerajaan supaya memperkenalkan denda atau hukuman ke atas premis perniagaan yang gagal mematuhi kempen hari tanpa beg plastik.

Setiausaha Agung Fomca, Muhammad Sha"ani Abdullah berkata, tindakan sedemikian perlu dalam usaha memastikan tidak ada mana-mana premis di negara ini yang mengambil ringan kempen tersebut sekaligus menghalang usaha kerajaan memelihara alam sekitar.

Bercakap kepada Bernama hari ini, beliau berkata rundingan dengan pengusaha premis perniagaan serta orang ramai perlu diadakan terlebih dahulu sebelum denda yang sesuai diperkenalkan.

Muhammad Sha"ani menyifatkan kempen tersebut kurang berkesan kerana harga 20 sen dikenakan bagi setiap beg plastik tidak membebankan dan pengguna sanggup membayarnya.

Namun, katanya, pendidikan dan kempen kesedaran perlu diteruskan kerana sesuatu perubahan sosial yang hendak dilaksanakan sememangnya mengambil masa untuk berhasil. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment