My Add

Sunday 10 June 2012

MIC akan usahakan peningkatan pelajar India ikuti matrikulasi

KUALA LUMPUR, AHADM 10 Jun, 2012: MIC akan mengadakan perbincangan berterusan dengan Kementerian Pelajaran bagi meningkatkan bilangan pelajar kaum India mengikuti pengajian peringkat matrikulasi.

Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel berkata peningkatan bilangan kaum India mengikuti program itu secara tidak langsung membolehkan lebih ramai daripada golongan tersebut menuntut di institusi pengajian tinggi awam.

Seramai 3,000 pelajar India memohon untuk menyertai program matrikulasi bagi sesi 2012/2013, namun hanya 1,500 diterima, katanya pada sidang media selepas menghadiri upacara sembahyang di Kuil Sivan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Sungai Besi, di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment