My Add

Thursday 28 June 2012

Guinea mahu Angkasa bantu pembangunan wanita, pendidikan

KUALA LUMPUR, RABU, 27 Jun, 2012: Republik Guinea mahu mengaplikasikan kaedah dan aktiviti koperasi yang dilaksanakan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) ke negara berkenaan secepat mungkin.

Presidennya, Prof. Alpha Conde yakin kejayaan Angkasa dalam bidang ekonomi dan sosial di negara ini boleh membantu negara itu khususnya dalam pembangunan wanita dan pendidikan.

Sehubungan itu, beliau mahu Angkasa menghantar tenaga pakarnya ke Guinea untuk melaksanakan program yang telah dilaksanakan di negara ini.

``Saya percaya koperasi dapat membantu mempercepatkan pembangunan sesebuah negara terutama dalam pembangunan sistem pendidikan,’’ katanya selepas menandatangani surat hasrat kerjasama koperasi antara kerajaannya dan Angkasa yang diwakili oleh Presidennya, Prof. Datuk Dr. Mohd. Ali Baharum oleh di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment