My Add

Wednesday 27 June 2012

Himpunan desak Pas Kelantan selesai masalah air kecoh

*AZMI Ali (tiga dari kanan) bersama lebih 2,000 wakil dari pelbagai NGO mengadakan perhimpunan aman 'Himpunan Sedar, Demi Tanah Air Kelantan' di hadapan Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU, SELASA, 26 Jun, 2012: Lebih 2,000 wakil daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan perhimpunan aman dipanggil 'Himpunan Sedar, Demi Tanah Air Kelantan' di hadapan Kompleks Kota Darulnaim di sini, bagi menuntut kerajaan Pas Kelantan menyelesaikan segera masalah air di negeri ini.

Antara NGO terlibat ialah Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Gerakan Tukar), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kelantan, Angkatan Generasi Melayu Muda (Agenda), NGO belia dan Islam serta wakil profesional.

Perhimpunan itu bagaimanapun menjadi kecoh berikutan tindakan sekumpulan NGO pro-Pas mengadakan perhimpunan serupa di kawasan sama bagi menuntut royalti minyak. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment