My Add

Wednesday 27 June 2012

KOCIDB sasar pemberian dividen 16%

KUALA LUMPUR, SELASA. 26 Jun, 2012: Koperasi Staff Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Berhad (KOCIDB) menyasarkan pengagihan dividen bagi tahun kewangan 2011 adalah sebanyak 16 peratus.

Pengerusinya, Ir. Rohaizi Mohd. Jusoh berkata, pemberian dividen tersebut antara yang tertinggi pernah diberi oleh koperasi sejak diwujudkan.

''Dividen itu adalah bagi tempoh April sehingga berakhir 31 Disember tahun lalu. Diharap seramai 825,000 ahli koperasi berpuas hati dengan pencapaian jumlah dividen yang akan diberikan nanti,'' katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan KOCIDB, di sini hari ini.

Terdahulu, KOCIDB menandatangani memorandum perjanjian (MoA) dengan Kolej Profesional dan Pengurusan KLIA (KPMC) dan Pusat Pendidikan Eksekutif, Universiti Tun Abdul Razak (Unitar).

Rohaizi berkata, hasil pelaksanaan aktiviti yang dijalankan oleh KOCIDB bagi tempoh 2011, pihaknya berjaya mengumpul aset sejumlah RM9 juta iaitu meningkat sebanyak 25 peratus berbanding tahun sebelumnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment