My Add

Sunday 3 June 2012

Himpunan Hijau mahu lawan Gelombang Merah

JITRA, SABTU, 02 Jun, 2012: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan Himpunan Hijau Menuju Putrajaya di Stadium Darul Aman dekat sini malam tadi, sebagai tindak balas terhadap 'gelombang merah' yang melanda Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Mei lepas.

"Ini adalah tindak balas kepada apa yang mereka lihat sebagai satu gelombang dan kesedaran orang ramai terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Cara kaedah kempen mereka gunakan (iaitu tema) warna hijau, perhimpunan yang ada unsur-unsur program dengan yang muda, apa bezanya dengan program yang kita dah buat?" katanya kepada pemberita selepas program BN Pilihan Orang Muda di sini.

Perhimpunan 11 Mei lepas menyaksikan lebih 100,000 anggota Umno berpakaian merah berhimpun bagi sambutan ulang tahun ke-66 parti itu.

Hishammuddin, yang juga Naib Presiden Umno, berkata Pas juga sudah tidak mempunyai modal kerana terpaksa mengikut kaedah serta ciri program anjuran BN untuk mendekati golongan muda.

"Kita tengoklah siapa yang sebenarnya ikhlas dan yang betul-betul berjuang untuk orang ramai," katanya.

Mengulas program BN di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman hari ini, beliau berkata semangat dan gelombang yang ditunjukkan golongan muda cukup membanggakan.
*ANTARA ahli-ahli Pemuda dan Puteri UMNO Kedah yang hadir pada Program Barisan Nasional Pilihan Orang Muda yang dirasmikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Jitra. - Foto BERNAMA


Katanya, pendekatan itu sangat membina selain menyuntik nilai mulia dan murnidalam meniti arus perubahan yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui program transformasi.

Beliau berkata semangat itu harus diteruskan dan diperluas bukan sekadar melibatkan anggota BN malah mendekati golongan muda lain. - BERNAMA 




No comments:

Post a Comment