My Add

Sunday 3 June 2012

Gila berbelanja di Internet

*MEMBELI gajet seperti telefon bimbit kini lebih mudah menerusi Internet.

KUALA LUMPUR, SABTU, 02 Jun, 2012: Berjenama, murah dan pelbagai pilihan. Itu antara alasan yang menyebabkan ramai pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) semakin teruja untuk membeli sesuatu produk menerusi online atau dalam talian.

Apa yang mengejutkan, ada di kalangan mereka sanggup berbelanja sehingga belasan ribu ringgit hanya untuk memenuhi kehendak peribadi semata-mata.

Maka tidak hairanlah penyedia perkhidmatan pembayaran elektronik, PayPalmenjangkakan perbelanjaan menerusi Internet di Malaysia mampu meningkat kepada RM5 bilion menjelang 2015 berbanding kira-kira RM2 bilion ketika ini.

Rata-rata pelajar IPT yang ditemui pasti berpengalaman membeli-belah secara onlinesekurang-kurangnya sebulan sekali untuk memiliki pakaian, kasut, beg tangan, barangan kosmetik, aksesori kenderaan atau peralatan gajet. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment