My Add

Tuesday 5 June 2012

Isu Nizar: Pemuda Pas salahkan Kosmo!

IPOH, ISNIN, 04 Jun, 2012: Bangkai gajah hendak ditutup dengan nyiru.

Mungkin itu perumpamaan paling sesuai untuk menggambarkan tindakan Dewan Pemuda Pas Perak mempertahankan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mempertikaikan bidaan nombor plat WWW 1 milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Timbalan Ketuanya, Dr. Raja Ahmad Raja Yusof hari ini menuding jari kepada Kosmo!kerana mendakwa isu tersebut mula disiarkan di akhbar berkenaan pada 28 Mei lalu menerusi karikatur bertajuk Plat berharga RM500,000.

Raja Ahmad yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat turut mendakwa, akhbar berkenaan sekali lagi telah menyiarkan karikatur berunsur sama pada 30 Mei lalu dengan tajuk WWW 1 paling mahal.

Agak melucukan apabila beliau mengandaikan Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu mungkin terpengaruh dengan karikatur berkenaan sebelum membuat kenyataannya di laman sosial Twitter. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment