My Add

Tuesday 5 June 2012

Kenal pasti pihak layak terima subsidi

KUALA LUMPUR, ISNIN, 04 Jun, 2012: Kerajaan perlu menyediakan rangka kerja bagi mengenalpasti pihak yang layak menerima subsidi dan siapa yang harus membayar harga pasaran untuk penggunaan gas asli.

Presiden Kesatuan Gas Antarabangsa (IGU) dan Persatuan Gas Malaysia (MGA), Datuk Dr. Abdul Rahim Hashim berkata, langkah itu perlu terutama apabila kerajaan mempunyai rancangan untuk memperkenalkan mekanisme harga gas untuk gas asli menjelang 2016 bagi mengurangkan subsidi tinggi terhadap komoditi tersebut.

''Terdapat banyak pertimbangan untuk melaksanakan mekanisme harga pasaran secepat mungkin. Tetapi kerajaan perlu memastikan sektor mana yang akan menggunakan harga pasaran pada masa hadapan.

"Dengan terminal regastifikasi yang bakal mula operasi, ia memberikan platform terbaik untuk memperkenalkan pasaran dengan harga berkaitan gas di dalam negara," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment