My Add

Sunday 10 June 2012

Jangan 'cah keting' kawan

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
KOTA BHARU, SABTU, 09 Jun, 2012: Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail yakin Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO, mempunyai peluang baik untuk merampas kembali Kelantan daripada Pas dengan syarat unsur-unsur 'cah keting' yang selalu menjadi amalan golongan yang kecewa, dibuang sepenuhnya.

Menurutnya, berdasarkan pengalaman lalu, kebanyakan pemimpin UMNO terutama ketua bahagian yang tidak terpilih sebagai calon akan mensabotaj mereka yang menjadi pilihan parti dan akhirnya mengakibatkan kekalahan.

Beliau berkata, pemimpin UMNO tidak boleh mementingkan diri sendiri, sebaliknya perlu memberi pertolongan serta sokongan padu kepada rakan lain yang terpilih sekali pun muka baru.

"Perkara ini sangat penting, saya sebagai veteran UMNO berharap dalam pilihan raya akan datang, orang UMNO sedar diri. Biarlah sesiapa sahaja yang naik pun, jangan kerana kita tidak menjadi calon, maka kita 'cah keting' sedangkan kita sepatutnya memberi sumbangan dan pertolongan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment