My Add

Friday 22 June 2012

JPA digesa teliti isu pelajar praperubatan UCSI

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 22 Jun, 2012:: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) digesa meneliti punca hanya 13 daripada 55 pelajar praperubatan tajaannya di University College Sedaya International (UCSI) ditawar tempat di universiti itu. 

Ketika membuat gesaan itu, Timbalan Menteri Pelajaran yang juga Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong berkata pelajar terbabit dimaklum secara lisan hanya 13 daripada mereka akan diterima melanjutkan pelajaran di institusi berkenaan.

"Universiti itu memberitahu mereka mungkin hanya 13 akan ditawar tempat kerana USCI tidak berupaya menampung kesemua mereka," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Jawatankuasa Pusat Pemuda MCA, di sini, hari ini.

Wee juga menggesa kerajaan, khususnya JPA, supaya mendapatkan penjelasan daripada USCI berhubung isu tersebut. 

Ditanya mengenai laporan seorang pelajar Tingkatan Lima di Melaka digantung persekolahan kerana memakai skirt mini, Wee berkata, beliau sudah mengarahkan Pejabat Pelajaran negeri menyediakan laporan penuh mengenai isu itu. 

Laporan sebuah akhbar hari ini antara lain menyebut pelajar tersebut digantung persekolahan selama seminggu kerana memakai skirt mini ketika acara amal yang berlangsung di luar sekolah. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment