My Add

Friday 22 June 2012

Kerajaan P.Pinang digesa jalin hubungan dengan CUEPACS

GEORGE TOWN, JUMAAT, 22 Jun, 2012: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini meluahkan rasa kesal dengan sikap kerajaan Pulau Pinang yang seolah-olah keberatan untuk menjalin hubungan dengan badan itu.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, sejak mengambil alih pentadbiran negeri pada 2008, kerajaan pimpinan DAP itu tidak membabitkan Cuepacs dalam soal menjaga kepentingan penjawat awam di Pulau Pinang.

"CUEPACS negeri lain semua mempunyai hubungan baik dengan kerajaan negeri mereka, termasuk di Selangor, Kelantan dan Kedah. Ada kerajaan negeri itu yang memberi sumbangan kepada CUEPACS negeri mereka.

"Kita tak pandang parti mana memerintah, kita pandang yang mana kerajaan memerintah kita hormat...kerana penjawat awam ini yang menjalankan dasar kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan," katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) cawangan Pulau Pinang, berkata usaha CUEPACS Pulau Pinang untuk mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng sering terhalang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment