My Add

Wednesday 13 June 2012

Kemalangan: Pasangan Orang Asli dapat ganti rugi

PUTRAJAYA, RABU, 13 Jun, 2012: Sepasangan Orang Asli yang kematian anak angkat dalam kemalangan jalan raya hampir 16 tahun lalu, mendapat ganti rugi sebanyak RM31,680 selepas Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan mereka.

Panel tiga hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif yang bersidang bersama Datuk Hishamudin Mohd. Yunus dan Datuk Azahar Mohamed memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan Wahab Othman dan Nguyah Mahadi.

Mahkamah berpuas hati bahawa pasangan itu layak mendapat ganti rugi walaupun tiada bukti berbentuk dokumen yang menunjukkan mangsa, Hok Ancis, 24, merupakan anak angkat mereka.

Kuorum itu turut memberikan ganti rugi sebanyak RM48,000 kepada sepasang suami isteri, Ali Tan dan Men Anak Ngah berikutan kematian anak mereka, Yakin Ali, 21, dalam tragedi yang sama.

Kedua-duanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya pada 17 November 1996 di Kilometer 16, Jalan Banting-Dengkil, dekat sini selepas motosikal yang ditunggang oleh Yakin dan Hok (pembonceng) bertembung dengan sebuah lori.

Lori itu dipandu oleh Mazlan Bidin yang merupakan defendan dalam tuntutan saman yang dikemukakan oleh keluarga tersebut. Turut dinamakan sebagai defendan, Shamsiah Abdul Mansor dan Sham Trading Constructions. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment