My Add

Wednesday, 13 June 2012

Pendidikan percuma dijadikan alasan kerajaan PKR jual tanah

TANJONG KARANG, RABU, 13 Jun, 2012: Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor diingatkan tidak menjadikan isu pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai alasan bagi menjual aset Universiti Selangor (Unisel) yang bernilai RM30 juta.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, pihaknya sangsi dengan cadangan kerajaan negeri mahu mencairkan aset tanah Unisel bagi memastikan janji parti pembangkang untuk memberikan pendidikan percuma dapat dilaksanakan.

``Jika benar Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ikhlas ingin memberi pendidikan tinggi terbaik kepada rakyat Selangor, beliau sepatutnya meneruskan projek membina Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang dicadangkan di Serendah namun akhirnya terpaksa dipindahkan ke Melaka,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Ceramah Isu Semasa bersama kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang di sini malam tadi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment