My Add

Saturday 23 June 2012

Kemelut bukti PKR tak mampu urus kerajaan

SHAH ALAM, JUMAAT, 22 Jun, 2012: Pergolakan dalaman yang melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menunjukkan parti itu tidak mampu melaksanakan tadbir urus kerajaan yang baik dan mengekalkan kestabilan negeri ini.

Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor, Budiman Mohd. Zohdi berkata, sejak PKR mengambil alih pentadbiran negeri, Selangor sehingga kini tidak pernah lekang daripada pelbagai krisis sama ada di peringkat parti sehinggalah dalam soal menangani masalah rakyat.

"Selama empat tahun pakatan pembangkang memerintah Selangor, pelbagai isu dan krisis dalaman berlaku dan rakyat sudah dapat menilai sejauh mana keberkesanan pemerintahan mereka.

"Pergolakan dalaman PKR Selangor hari ini pastinya akan memberi kesan kepada rakyat negeri ini sendiri. Kerajaan negeri terlalu banyak berpolitik," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment