My Add

Saturday 23 June 2012

Timbalan Presiden PKR nafi wujud pergolakan dalaman

KOTA BHARU, JUMAAT, 22 Jun, 2012: Parti Keadilan Rakyat (PKR) cuba menegakkan benang yang basah apabila menafikan parti itu ketika ini sedang menghadapi krisis dalaman yang meruncing di Selangor.

Malah, Timbalan Presidennya, Azmin Ali menafikan sekeras-kerasnya wujud dua kem dalam parti itu di Selangor iaitu melibatkan kem Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kemnya sendiri.

Menurut beliau, tidak timbul sebarang pergeseran di kalangan pemimpin parti itu di peringkat negeri mahupun Pusat dan beliau sendiri mempunyai hubungan baik dengan Abdul Khalid.

“PKR dari seluruh cabang negeri Selangor sentiasa menyokong sepenuhnya kepimpinan Menteri Besar dalam usaha mempertahankan Selangor pada pilihan raya akan datang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Sistem Menang Pilihan Raya (Sismep) peringkat negeri Kelantan di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment