My Add

Monday 4 June 2012

Kerajaan India tawar biasiswa untuk rakyat keturunan India

KUALA LUMPUR, ISNIN, 04 Jun, 2012: Kerajaan India menawarkan biasiswa khas untuk rakyat Malaysia berketurunan India mengikuti pengajian ijazah pertama di universiti di India bagi sesi 2012/2013. 

Suruhanjaya Tinggi India dalam satu kenyataan hari ini, berkata biasiswa itu adalah bagi kursus seperti kejuruteraan, arkitek, teknologi, kemanusiaan, perdagangan, pentadbiran perniagaan, pengurusan perniagaan, kewartawanan, pertanian, penternakan, sains dan perundangan.

Borang permohonan dan maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web www.indianhighcommission.com.my/spdc.php, atau di Bahagian Pendidikan, Suruhanjaya Tinggi India, Tingkat 28, 1Menara Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur atau hubungi talian 03-61431192.

Sementara itu di NEW DELHI, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok, dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan kementerian-kementerian serta agensi utama kerajaan di New Delhi sebagai sebahagian lawatan kerja lima hari ke India, bermula hari ini. 

Pada Khamis, Dompok akan berlepas ke Mumbai untuk mengambil bahagian pada Seminar dan Pameran Perdagangan Minyak Sawit 2012, yang dianjurkan Majlis Minyak Sawit Malaysia.

Beliau dijangka menyampaikan ucapan dan merasmikan acara berkenaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment