My Add

Tuesday 26 June 2012

Kerajaan teliti wujud peraturan lindungi pekerja yang dibuang kerja

KUALA LUMPUR, SELASA, 26 Jun, 2012: Kementerian Sumber Manusia sedang mengkaji untuk mewujudkan satu peraturan yang memastikan nasib pekerja terbela apabila mereka diberhentikan kerja, kata Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata antara aspek yang dikaji ialah daripada segi perundangan.

Di negara maju sudah ada sistem insurans untuk melindungi pekerja yang dibuang kerja, yang mana mereka yang kehilangan kerja atas sebab-sebab tertentu akan diberi bantuan kewangan sementara dalam tempoh pengangguran, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan "Conference On Modernisation of Labour Legislation and Dispute Resolution Proces: An International Perspective" anjuran kementerian itu dan Bank Dunia, di sini hari ini.

Katanya di negara ini juga sudah ada gesaan pakar ekonomi yang mahu kerajaan mewujudkan undang-undang buruh yang dapat membela kebajikan pekerja secara lebih komprehensif. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment