My Add

Saturday 2 June 2012

Kertas siasatan diserah dalam masa terdekat

JOHOR BAHRU, JUMAAT, 01 Jun, 2012: Polis akan menyerahkan kertas siasatan mengenai kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mempertikaikan bidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dalam tempoh terdekat.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, siasatan kes itu telah selesai dijalankan sepenuhnya oleh pihak polis.

"Sehingga kini, polis telah menerima sebanyak 18 laporan mengenai isu ini. Siasatan dibuat mengikut Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan.

"Keputusan mengenai tindakan selanjutnya terhadap pihak berkenaan akan ditentukan oleh DPP," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Isnin lalu, Mohamad Nizar menerusi akaun Twitternya mengeluarkan komen, Sultan Johor menyalahgunakan wang rakyat dalam pembelian nombor plat WWW 1 yang dibida pada harga RM520,000. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment