Oleh ZABRY MOHAMAD
PULAU PINANG, JUMAAT. 01 Jun, 2012: Dengan menggunakan suara wanita menerusi panggilan telefon, seorang lelaki warga Pakistan berjaya memperdaya ramai mangsa sehingga mereka menyerahkan wang ribuan ringgit.
Bagaimanapun, setelah beroperasi sejak setahun lalu, polis akhirnya berjaya menahan lelaki tersebut yang berusia 36 tahun di daerah Seberang Perai Utara kelmarin.
Pemangku Ketua Polis negeri, Datuk Abd. Rahim Jaafar berkata, suspek kemudian membawa polis ke kediamannya dan merampas pelbagai barangan seperti buku akaun, kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM), komputer dan dokumen berkaitan.
"Dia dipercayai bertindak sebagai perancang utama sindiket penipuan ala Macau Scam ini.
"Kejayaan ini adalah hasil tangkapan lima suspek sebelum ini dipercayai anggota sindiket sama," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment