My Add

Wednesday 27 June 2012

Kes khalwat Beego disebut semula 18 Sept.

*BEEGO berjalan keluar selepas mahkamah menangguhkan perbicaraan kes khalwatnya bersama dua rakan dan dua wanita di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, semalam.

KUALA LUMPUR, SELASA, 26 Jun, 2012: Perbicaraan kes khalwat membabitkan pelakon dan bekas penyanyi kumpulan Phyne Ballerz, Beego serta dua rakannya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini ditangguhkan sehingga 18 September ini.

Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin menetapkan tarikh tersebut untuk sebutan semula selepas membenarkan permohonan peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan yang memaklumkan pihaknya ingin menghantar surat representasi berhubung kes itu.

Peguam tersebut turut menyatakan, beliau baru dilantik mewakili Beego hari ini dan masih belum memperoleh sebarang dokumen berkaitan kes khalwat itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment