My Add

Friday 8 June 2012

Kes remaja dituduh bunuh bapa disebut semula 18 Julai

IPOH, JUMAAT, 08 Jun, 2012: Mahkamah Majistret di sini, hari ini menetapkan kes seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang dituduh membunuh bapanya disebut semula pada 18 Julai depan.

Majistret Haslinda A Raof membuat ketetapan itu apabila kes berkenaan disebut di dalam kamarnya di hadapan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Al-Hizan Al-Mahamad Akhir dan peguam yang mewakili remaja itu, K Nahtan.

Sementara itu, Mohamad Al-Hizan berkata, remaja itu yang sebelum ini menjalani pemeriksaan di Hospital Bahagia Ulu Kinta telah dibenarkan keluar dari hospital itu dan kini menjalani proses tahanan biasa.
"Kita masih menunggu laporan kimia dan bedah siasat," katanya.

Pada 10 Mei lalu, remaja bawah umur terbabit dituduh membunuh bapanya yang berusia 40 tahun, di rumah mereka di Taman Bersatu, Simpang Pulai antara jam 11.30 malam 30 April dan 12.30 malam, 1 Mei lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Remaja itu dirujuk ke Hospital Bahagia untuk pemeriksaan oleh mahkamah atas permintaan Nahtan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment