My Add

Monday 11 June 2012

Konstabel dipenjara 3 tahun cederakan tahanan

SHAH ALAM, ISNIN, 11 Jun 2012: Konstabel V Navindran dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas didapati bersalah atas dua tuduhan pilihan mencederakan seorang tahanan polis, A Kugan, tiga tahun lalu. 

Hakim Aslam Zainuddin menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Navindran, 32, didakwa mencederakan Kugan, 23, suspek kes curi kereta mewah, yang meninggal dunia ketika berada dalam tahanan polis.

Anggota polis itu didakwa melakukan perbuatan itu di bilik soal siasat D9, Balai Polis Taipan USJ, Subang Jaya dekat sini pada jam 7 pagi dan 4 petang, 16 Januari 2009. 

Navindran didakwa mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment