My Add

Tuesday 26 June 2012

Korporat dirayu hulur bantuan kepada pesakit kronik

KUALA LUMPUR, SELASA, 26 Jun, 2012: Syarikat-syarikat korporat dirayu menghulurkan bantuan bagi membantu para pesakit yang menghidap penyakit kronik di negara ini.

Pengarah Hospital Selayang, Dr. Siti Zaleha Mohd. Salleh berkata, langkah itu perlu memandangkan kos rawatan seperti pembedahan pemindahan transplan hepar bagi pengidap penyakit hati kronik memerlukan belanja yang tinggi.

“Berdasarkan statistik kira-kira 2,000 hingga 2,500 orang dikesan menghidapi penyakit hati kronik di negara ini, namun hanya 200 hingga 350 pesakit sahaja yang berpeluang menjalani pembedahan,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa Majlis Penyerahan Sumbangan Yayasan Maybank kepada Tabung Amanah Transplan Hepar Hospital Selayang di sini hari ini.

Dalam majlis itu, Siti Zaleha menerima sumbangan bernilai RM162,000 daripada Yayasan Maybank yang disampaikan oleh Pengerusi bank itu, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd. Nor. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment