My Add

Tuesday 26 June 2012

UDA tunggu jawapan kerajaan bina semula BB Plaza

KUALA LUMPUR, SELASA, 26 Jun, 2012: UDA Holdings Bhd. masih menunggu keputusan Kementerian Kewangan mengenai permohonan Tradewinds (M) Bhd. untuk terlibat sama dalam projek pembinaan semula bangunan Bukit Bintang Plaza.

Pengarah Urusan Kumpulan, Ahmad Abu Bakar berkata, pihaknya telah menerima permohonan rasmi daripada Tradewinds dan syarikat-syarikat lain juga turut menunjukkan minat yang sama untuk terbabit dalam projek itu.

Beliau berkata, bangunan yang menjadi simbol perniagaan kaum Bumiputera di kawasan segi tiga emas itu dijangka dirobohkan awal tahun depan.

"Kami diberi masa sehingga akhir tahun ini untuk mengosongkan bangunan ini oleh pihak MRT Corp dan notis akan diberi kepada para penyewa untuk berpindah," katanya kepada pemberita selepas majlis dialog bersama penyewa BB Plaza di sini hari ini.

Dialog yang melibatkan hampir 200 peniaga di bangunan berusia lebih tiga dekad ini membincangkan tentang nasib yang bakal dialami peniaga selepas bangunan terbabit dirobohkan.

Pada Selasa lepas, kira-kira 50 peniaga mengadakan bantahan di luar plaza terbabit, mendakwa mereka telah diabaikan dalam perbincangan antara UDA, pihak kementerian dan MRT Corp mengenai perancangan masa hadapan bangunan terbabit.

Sementara itu, wakil penyewa BB Plaza, Hassan Saad berkata, mereka berharap UDA dapat membela nasib peniaga di plaza berkenaan dan memberi jaminan tentang masa depan perniagaan mereka selepas bangunan itu dirobohkan.

"Kami juga berharap, selepas pembinaan semula BB Plaza, kami sebagai peniaga asal di bangunan ini diberi keutamaan untuk menyewa premis baru berkenaan," kata beliau. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment