My Add

Tuesday 26 June 2012

KSN baru mulakan hari pertama di pejabat

*DR Ali Hamsa (kanan) mendaftar diri dan memulakan tugasnya, di Bangunan Perdana Putra, Kuala Lumpur, hari ini. Turut bersama beliau, Timbalan Ketua Setiausaha (Kabinet), Tan Sri Mazidah Abdul Majid (tengah) dan Timbalan Ketua Setiausaha Jabatan Perdana Menteri, Datuk Othman Mahmood. - Foto Mohd Fadli Hamzah

PUTRAJAYA, SELASA, 26 Jun, 2012: Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa yang memulakan hari pertama di pejabat hari ini, berikrar untuk menjalankan tugasnya sebaik mungkin bagi membawa perkhidmatan awam ke tahap lebih tinggi. 

Pada masa sama, beliau menyeru penjawat awam supaya meningkatkan produktiviti mereka bagi memastikan matlamat dan objektif yang ditetap kerajaan tercapai.
"Alhamdulillah, saya dilantik KSN (Ketua Setiausaha Negara) ke-13 dan saya akan cuba sebaik mungkin dalam menjalankan tugas sebagai KSN," katanya selepas mengimbas kad perakam waktu di pejabat baharunya di Bangunan Perdana Putra, di sini.
Pelantikan Ali, 57, berkuat kuasa pada 24 Jun lalu, menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan. 

Ali sebelum ini adalah Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri. 

Beliau memulakan hari pertamanya sebagai Ketua Setiausaha Negara dengan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta menghadiri mesyuarat di bangunan Parlimen semalam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment