My Add

Tuesday 12 June 2012

Kuan Yew mohon batal saman

*TENGKU Zainal Abidin Tengku Yusoff (tengah) bersama beberapa bekas anggota tentera keluar dari bilik mahkamah selepas pengurusan kes saman terhadap Lee Kuan Yew dan enam lain di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, semalam.

Oleh SITI NOORALINA AHMAD
KUALA LUMPUR, ISNIN, 11 Jun, 2012: Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dan kerajaan Singapura memfailkan permohonan membatalkan saman oleh seorang pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terhadap beliau, kerajaan Singapura dan lima yang lain atas dakwaan salah laku penjawat awam sehingga menjatuhkan maruah kor pegawai ATM.

Menurut peguam Lam Ko Luen yang menyebut bagi pihak peguam Datuk Dr. Cyrus Das yang mewakili Kuan Yew dan kerajaan Singapura, mahkamah menetapkan 28 Jun ini bagi mendengar permohonan itu, sekali gus membolehkan pihak plaintif, Kapten (B) Tengku Zainal Abidin Tengku Yusoff memfailkan afidavit jawapan.

Menurut beliau, pada tarikh sama, mahkamah akan mendengar permohonan pemimpin dan bekas pemimpin Malaysia serta kerajaan Malaysia selaku defendan kedua hingga keenam yang turut memfailkan permohonan membatalkan saman tersebut pada 19 April lalu.

Tengku Zainal Abidin, 58, yang mendakwa mewakili 403 pegawai dalam perkhidmatan dan yang bersara daripada ATM memfailkan saman pada 20 Januari lalu terhadap kesemua defendan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kuan Yew dinamakan sebagai defendan pertama manakala kerajaan Singapura sebagai defendan ketujuh.

Kesemua bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Allahyarham Tun Abdul Razak Datuk Hussein, Allahyarham Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi serta Najib dinamakan sebagai defendan kedua.

Turut dinamakan ialah Ketua Setiausaha Negara, Menteri Pertahanan, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan dan kerajaan Malaysia sebagai defendan ketiga hingga keenam.

Dalam pernyataan tuntutannya, pihak plaintif mendakwa, saman itu berkaitan kecacatan, keanehan dan ketidakseimbangan dalam perhubungan antara sivil dan tentera di negara ini serta salah laku berunsur khianat dan penipuan oleh pihak defendan dari 16 September 1963 hingga 16 September 2013 terhadap kor pegawai ATM.

Menurut beliau, penipuan itu dilakukan dengan cara memotong kuantum gaji kor pegawai supaya menjadikan status mereka lebih rendah daripada pegawai awam lain dalam sektor awam.
U
Kes saman itu didengar oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment