My Add

Wednesday 27 June 2012

Lagi desak segera usir tiga diplomat Singapura

KUALA LUMPUR, SELASA, 26 Jun, 2012: Desakan agar Kementerian Luar segera bertindak tegas ke atas tiga diplomat Singapura yang terlibat dalam demonstrasi Bersih 3.0 semakin lantang disuarakan.

Terbaru, Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) menggesa Kementerian Luar mengusir ketiga-tiga diplomat tersebut yang disifatkan sebagai biadab terhadap kedaulatan negara.

Mursyidul Amnya, Muhammad Zahid Md. Arip berkata, Malaysia perlu memberi pengajaran berguna kepada Singapura kerana gagal mendidik diplomat mereka agar jangan sesekali mencabul kedaulatan negara lain.

"Kami mahu Kementerian Luar bertindak segera, ini soal kedaulatan negara dan jangan kita terlalu berlengah untuk bertindak semata-mata mahu menjaga hati jiran, sedangkan jiran langsung tidak menghormati kita. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment