My Add

Wednesday 27 June 2012

Peguam buat laporan polis terhadap Presiden Majlis Peguam

*MOHD. Khairul Azam Abdul Aziz menunjukkan salinan laporan polis terhadap Presiden Majlis Peguam di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, SELASA, 26 Jun, 2012: Seorang ahli Majlis Peguam hari ini membuat laporan polis terhadap Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee yang mempertikaikan pindaan Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada April lalu, baru-baru ini.

Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz yang juga peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, kira-kira pukul 11 pagi.

Dalam laporannya itu, Mohd. Khairul menyifatkan kenyataan Chee Wee berunsur hasutan iaitu supaya rakyat membenci dan mempersoalkan fatwa negeri Kedah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment