My Add

Tuesday 5 June 2012

Lebih 300,000 terima manfaat

Oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN
KUALA SELANGOR, ISNIN, 04 Jun, 2012: Sebanyak 326,362 pesawah di seluruh negara telah menerima manfaat daripada skim Insentif Peningkatan Hasil (IPH) sejak ia diperkenalkan pada 2007 sehingga 2011.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, pihaknya melalui Padiberas Nasional Berhad (Bernas) juga telah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM336.7 juta bagi tujuan tersebut.

Katanya, pengenalan skim berkenaan adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran hasil padi di seluruh negara.

"Ini menunjukkan kerajaan sentiasa peka terhadap masalah rakyat dengan menganjurkan pelbagai program yang bermanfaat kepada semua.

"Dengan skim ini, ia dapat menggalakkan pesawah untuk bekerja kuat memandangkan mereka yang berjaya meningkatkan hasil padi masing-masing akan diberikan ganjaran," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Insentif Peningkatan Hasil Pertanian di Pusat Pertanian Sungai Burong di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment