My Add

Tuesday 5 June 2012

Teknologi penyejatan air laut selesai masalah penduduk pulau

SEMPORNA, ISNIN, 04 Jun, 2012: Masalah penduduk di beberapa buah pulau di daerah ini untuk mendapatkan bekalan air minuman bakal berakhir apabila Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia (MDDEC) berjaya membangunkan satu sistem teknologi penyejatan air laut.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sistem penyejatan air itu merupakan alternatif terbaik bagi menukar air laut untuk dijadikan sumber air minuman.

"Sistem ini berfungsi dengan menukar air laut kepada bentuk wap dengan hanya menggunakan sinaran matahari.

"Ia mampu menghasilkan air minuman pada anggaran 20 hingga 30 liter untuk setiap rumah," katanya selepas merasmikan Sistem Penyejatan Air Pulau Larapan, di sini hari ini.

Menurutnya, teknologi tersebut merupakan hasil inovasi dan kerjasama antara MDDEC dan Zul Design Autotronik. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment