My Add

Wednesday 27 June 2012

Lebih 90% koperasi aktif

KUALA LUMPUR, SELASA, 26 Jun, 2012: Lebih 90 peratus daripada 9,516 koperasi berdaftar di negara ini bergerak aktif dan mampu memberi dividen kepada ahlinya.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim (gambar) berkata, sehingga 2011, bilangan koperasi aktif di negara ini adalah sebanyak 8,385 koperasi.

"Bilangan koperasi yang memberi dividen pula ialah sebanyak 498 koperasi. Ini kerana akaun bagi tahun 2011 belum diaudit. Dijangka jumlah koperasi yang memberi dividen akan meningkat selepas akaun diaudit selalunya selepas Julai," katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan asal Mohd. Nor Othman (BN-Hulu Terengganu) yang bertanyakan jumlah koperasi berdaftar di negara ini serta jumlah koperasi aktif serta membayar dividen kepada ahli.

Rohani berkata, daripada jumlah keseluruhan koperasi berdaftar, sebanyak 92 peratus daripadanya dalam kategori koperasi kecil dan mikro yang mempunyai perolehan kurang RM1 juta setahun. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment