My Add

Wednesday 27 June 2012

Dana ASB cecah 103.7 bilion

Oleh AINUL ASNIERA AHSAN
KUALA LUMPUR, SELASA, 26 Jun, 2012: Dana Amanah Saham Bumiputera (ASB) milik para pelabur yang diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) kini sudah mencecah 103.7 bilion unit.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman menyifatkan prestasi pelaburan oleh para pelabur bumiputera itu cukup banyak dan baik sekali.

"Jumlah ini memang cukup besar dan sudah tentunya begitu mencabar kepada PNB bagi menguruskannya.

"PNB perlu mempunyai perancangan yang teliti dari aspek pelaburan dan peruntukan aset untuk memastikan kami berupaya memberi pulangan yang kompetitif seperti yang diharapkan," katanya pada sidang akhbar selepas pengumuman Amanah Saham Nasional 2 di sini hari ini.

ASB telah dilancarkan PNB pada 1990, unit amanah yang berharga tetap RM1 seunit, menggantikan Skim Amanah Saham Nasional (ASN), skim sulung PNB yang mula diniagakan pada harga berubah-ubah pada Januari 1991. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment