My Add

Monday 11 June 2012

Lelaki ditahan bersama dadah bernilai RM21,000

POH, ISNIN, 11 Jun, 2012: Polis menahan seorang lelaki dan merampas dadah dipercayai ganja seberat 8.3 kilogram bernilai RM21,000 dalam satu serbuan di sebuah kawasan bekas ladang ternakan ayam di Pantai Remis, Khamis lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Ahmad Mat Isa, berkata lelaki berumur 30 tahun itu ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung, hasil maklumat orang ramai.

“Dalam serbuan itu, polis menemui 10 ketulan mampat dipercayai ganja dalam sebuah pondok,” katanya di sini, hari ini.

Ahmad berkata, siasatan juga mendapati lelaki terbabit pernah melakukan jenayah di bawah undang-undang langkah pencegahan khas beberapa bulan lalu.

“Siasatan juga mendapati lelaki itu tidak bekerja dan bergiat aktif mengedar dadah sekitar kawasan Pantai Remis dan hasil ujian air kencing lelaki itu juga positif dadah,” katanya.

Lelaki itu ditahan reman sehingga Khamis ini untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman gantung sampai mati. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment