My Add

Saturday 9 June 2012

Lima ditahan bantu siasat kematian Mustaghni

KLANG, JUMAAT, 08 Jun, 2012: Lima anggota polis trafik ditahan bagi membantu siasatan kematian Allahyarham Koperal Mustaghni Tabri, 48, setelah koma enam hari ketika menjalankan operasi cegah lumba haram di Taman Gembira di sini Ahad lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Hamzah berkata, lima anggota trafik berkenaan yang dua daripadanya berpangkat Sarjan Mejar dan Sarjan sementara tiga lagi berpangkat Koperal ditahan pukul 4 pagi ini.

Beliau berkata, kesemua mereka yang berusia 45 hingga 51 tahun berada di lokasi operasi cegah lumba haram itu dan mereka ditahan selepas pihaknya mendapat hasil siasatan baru berhubung kejadian menimpa Allahyarham.

"Siasatan mendapati Allahyarham cedera bukan akibat pukulan topi keledar tetapi terkena lontaran satu objek yang dipercayai dilakukan seorang Koperal dalam pasukan polis yang menjalankan operasi pada malam kejadian. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment