My Add

Wednesday 13 June 2012

MBPJ tolak permohonan PKNS

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
PETALING JAYA, SELASA, 12 Jun, 2012: Permohonan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk membangunkan semula kompleks sukannya di SS7 Kelana Jaya ditolak oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam Mesyuarat Jawatankuasa Setempat (OSC) semalam.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Roslan Sakiman (gambar) berkata, permohonan terbaru bertarikh 8 Jun itu ditolak sebulat suara kerana ia bercanggah dengan Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ2) yang mewartakan tempat itu sebagai kawasan lapang dan rekreasi.

"Kami tidak menolak permohonan sebelum ini tetapi meminta ia ditarik balik atas beberapa faktor teknikal dan pembetulan terbaru yang dibuat dan dihantar kepada MBPJ Jumaat lalu.

"Bagaimanapun, kami tolak sebulat suara kerana tetap bercanggah dengan RTPJ2," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat MBPJ di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment