My Add

Wednesday 13 June 2012

Pas Kelantan sokong tangguh haji

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
KOTA BHARU, SELASA, 12 Jun , 2012: Walaupun menganggap kenyataan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai pandangan peribadi, namun Pas Kelantan mempertahankan kenyataan beliau yang meminta ahli parti itu yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya menangguhkan ibadah haji bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah (gambar) berkata, ini berdasarkan kaedah hukum iaitu ibadah haji boleh ditangguhkan dan tidak mempunyai tempoh masa untuk ditunaikan seperti mana solat.

Katanya, soal peluang yang sukar untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu kerana kuota ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi adalah perkara kedua kerana ia perlu dilihat daripada segi kaedah hukum dahulu.

"Betul haji Rukun Islam, tetapi kalau bercakap daripada segi hukum boleh ditangguh bukan benda yang mesti dibuat, bukan macam sembahyang dia ada waktunya kena buat dalam waktu kalau tak buat tak boleh tapi haji tidak ada masalah, kalau kita tidak buat tahun ini kita buat tahun depan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment