My Add

Tuesday 12 June 2012

Mempermainkan hukum Allah

KOTA BHARU, ISNIN, 11 Jun, 2012: Beberapa tokoh agama di negeri ini turut mendesak Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengemukakan dalil al-Quran atau hadis yang menunjukkan bahawa kewajipan pilihan raya adalah sama dengan menunaikan haji.

Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, tindakan Tuan Ibrahim itu seolah-olah meletakkan kewajipan melaksanakan pilihan raya demi partinya lebih besar daripada Rukun Islam kelima itu.

"Kita minta dia semak balik semua ajaran al-Quran dan hadis yang selama ini dia bawa, apakah ada satu ayat al-Quran dan hadis yang menyatakan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) setaraf dengan fardu haji?

"Rakyat juga ingin tahu apakah Tuan Ibrahim beranggapan PRU-13 sebagai kefarduan Allah yang mengatasi kefarduan menunaikan haji," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment